Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 10 Disember 2011

Entah bila pulak aku akan ke sana lagi...

Memang sukar untuk dilupakan di atas layanan istimewa yang diberikan kepada kami. moga Allah membalas jasa kalian. Rombongan kami seramai 22 orang tiba di lapangan Terbang Tawau sekitar jam 7 malam. Kami disambut penuh ukhwah dan di bawa menaiki beberapa buah kereta menuju ke Pasentren Darul Hidayah Sg. Imam.

Sebelum ke tempat program kami singgah ke rumah Pengerusi Pasentren untuk makan malam. memang enak dengan nasi berlauk udang besar maklumlah di Tawau makanan lautnya memang fresh.

Saya dihantar ke Pondok jam 8.30 malam untuk slot pertama dengan kupasan tajuk "Akidah dan Perjuangan" Sessi taaruf selepas ceramah memperlihatkan peserta yang hadir bukan calang-calang ada diantaranya pensyarah Universiti. kolej dan maktab namun diwajah mereka terpancar ketulusan untuk berkongsi ilmu. Kami disediakan Homestay namun kami ambil keputusan untuk bermalam di pondok bersama-sama dengan pelajar pasentren.
Kami rasa bersyukur kerana dapat bangun malam berqiamullail bersama peserta program meskipun amat keletihan dalam perjalanan. Qiam dipimpin oleh Ustaz Roslan terasa amat syahdu bacaannya serta munajat yang diperdengarkan.
Sekali lagi Ajk program meminta saya menyampaikan kuliah subuh. kali ini saya membawa tajuk "Penghujung Kehidupan" Waktu paginya 3 slot lagi disampaikan oleh sahabat-sahabat rombonganku alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan para peserta nampaknya berpuas hati dengan perbentangan kertas kerja.

Sessi petangnya bengkel dan sessi pembentangan. memang menarik kerana rata-rata peserta yang membentangkan hasil bengkel pandai bercakap dan berhujah. Saya dijemput oleh Masjid Tanjung batu Laut untuk kuliah maghrib tetapi dek kerana program penutupan tamrin agak lewat berakhir saya ambil keputusan untuk membatalkannya.

Selepas solat Isya' program ziarah dan kami juga dijemput hadir menyaksikan masjlis perkahwinan mengikut adat bugis. Besuk paginya kami diberikan 4 buah kereta untuk dipandu sendiri melawat Pekan Semporna. Perjalannan kami dipandu oleh Cikgu Lakarani Pakar Motivasi yang begitu mahir dengan selok belok jalan. Di Semporna kami berkesempatan melawat Pasar basah dengan harga ikan udang ketam jauh lebih murah dari semenanjung. Bayangkan ketan yang berharga 20 ringgit sekilo di semenanjung tetapi di sini 18 ekor boleh dibeli dengan harga 8 ringgit. Ikan kembong 12 ringgit namun di sini baru naik dari laut cuma sekitar 4 ringgit sahaja.

Banyak jugak kami beli ikan, udang, sotong dan apa jugak yang boleh dibakar kerana malam terakhir kami di Tawau kami bercadang mengadakan majlis BBQ bersama sahabat-sahabat di sana. Rezeki kami bila ada sahabat menyumbangkan daging payau (rusa) kerana sememangnya payau hutan amat mudah diperolehi di hutan Sabah

Keistimewaan Tawau Semporna bukan sahaja terletak pada batu mutiara dan ikan segarnya tetapi juga ikan kering yang sangat sedap macam keropok. Menyesal jugak kerana tak beli banyak tetapi alhamdulillah kerana di saat keberangkatan pulang seorang sahabat telah menghadiahkan sekotak ikan kering dan banyak jugak hadiah-hadiah yang lain. Entah bila pulak kaki ini akan menjejaki bumi Tawau di Negeri di bawah bayu...Salam kasih buat sahabat di sana.

Malam rombongan kami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan