Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 19 Disember 2011

Inilah kesudahannya harapkan Pagar....

KISAH BENAR !

Beberapa bulan sebelum Pak Hamzah meninggal dunia, rumah nya telah dirompak. Dua perompak telah melarikan barang kemas dan barangan berharga milik isteri Pak Hamzah. Kerana bimbang kalau kalau berlaku sekali lagi, maka Pak Hamzah pun segera menemui bomoh. Tidak diketahui lah dimana bomoh itu berada kerana tiada yang mengikutinya. Dia meminta rumah itu 'DI PAGAR' agar pencuri tidak dapat memasuki kawasan rumahnya.

Beberapa bulan selepas itu, Pak Hamzah meninggal dunia, akibat sakit dan kerana bimbang sendirian., isteri nya telah berpindah ke rumah saudaranya. Jauh dari rumah mereka dan tinggalkan rumah itu kosong tiada penghuni.

Untuk tidak mahu dibiarkan kosong, isteri Pak Hamzah berhasrat menyewa rumah nya kepada sesiapa yang mahu menyewa. Kini Pak Hamzah sudah 4 bulan meniggal dunia. 8 orang datang mahu menyewa, tetapi tidak jadi.

2 dari mereka, terlihat imej aneh, seorang ditampar mukanya dan yang lain, hilang minat kerana mendengar cerita.

Kini rumah tersebut dibiarkan kosong tanpa penghuni sementara jiran-jirannya bimbang kalau kalau penghuni rumah itu datang mengganggu. Jiran bingung, makhluk apa yang datang mengganggu? Kalau ianya adalah PAGAR yang digunakan oleh Pah Hamzah, bagaimana agaknya cara untuk menghilang kuasa tersebut.

Kini, kalua aku balik ke kampung, aku akan menjenguk keadaan rumah itu. Memang seram, tapi bukan lihat dari dalam, cuma dari jauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan