Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 22 Disember 2011

Susah sangat ke jadi wanita

Remaja 18 tahun mengadu. "susah le ustaz...kenapalah aurat perempuan tak macam lelaki. Nak kena tutup sana sini..rambut pun nak kena tutup jugak"

Jawapannya mudah je...memang laa aurat lelaki antara pusat dan lutut. Kalau kamu nengok lelaki pakai seluar Hawai ada kamu terangsang. tetapi kalau sebaliknya perempuan yang pakai begitu...aku punya ekor serban pun naik terangkat. Orang lelaki nengok hilang mata hitam tinggai mata putih loo.. Itu pasai Allah perentahkan aurat perempuan tutup semua kecuali muka dan tapak tangan.

Seorang suri rumahtangga mengeluh. "Susahlah jadi perempuan...nak keluar kena mintak izin kat suami. Padahal suami nak keluar boleh blah begitu je...tak perlu nak mintak izin kat isteri"

Bagi perempuan. mereka hanya perlu taat pada suami. tetapi suami perlu taat 3 kali pada seorang perempuan yang dipanggil ibu lebih utama dari ayahnya. (Bersumberkan hadis Nabi) Walaupun dia sudah berkeluarga. isteri tak perlu lagi...taatnya hanya pada suami. Kenapa isteri perlu taat pada suami..? Ini kerana suami yang akan menanggung sama dosa yang dilakukan si isteri(Kesian pada si suami) sedangkan isteri tidak terbeban dengan dosa suami.

Seorang guru sekolah mengeluh "Jika kita ikut faraid dalam hal harta pusaka...kenapa pulak orang perempuan dapat sedikit berbanding lelaki sedangkan keperluan makan pakai ,lelaki perempuan adalah sama?

Memang betul wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki. Sememangnya setelah difaraidkan harta itu memang hak wanita itu sepenuhnya .Ssiapapun tak boleh usik hak harta faraidnya termasuk suaminya. Kalau suaminya ambil hukumnya berdosa kerana mencuri hak isteri.Ia boleh guna sepenuhnya tak payah kongsi-kongsi. namun bagi lelaki dia perlu menggunakan dan membelanjakan harta faraidnya untuk perbelanjaan isteri dan anak-anak. kalau suami kedekut @ taik idung masin...isteri berhak ambil harta faraid suaminya untuk perbelanjaan rumahtangga. Apa lagi yang tidak adilnya pada hukum Allah.???

Seorang jiran tetangga mengeluh. "Kita orang perempuan susah. Kena beranak ...separuh nyawa terbang ketika nak melahirkan anak. Orang lelaki relax je. Cuba kalau Allah jadikan orang lelaki ada rahim boleh mengandung macam pompuan baru depa tau langit tinggi rendah"

Lelaki tak boleh mengandung memang sangat rugi. Pasai apa??Sebabnya setiap kali siibu nak melahirkan anak para malaikat Allah mendoakan untuknya. Memang bertuah. Doa malaikat tidak ada hijab. Sekiranya ia mati kerana melahirkan anak ia mati syahid dan dosanya terampun. Lagipun Allah jadikan jiwa wanita itu terlalu lembut dan kudus walaupun sakit yang amat sangat, namun naluri keibuan rasa sakit itu hilang dan sirna melihat kecomelan anak yg dilahirkan bahkan tak serik-serik nak beranak lagi

Ini satu lagi persoalan " Ustaz...., pasai apa perempuan tak boleh jatuhkan talak macam orang lelaki. saya nie makan hati berulam jantung dapat suami malas kerja ... baloq liat...metekedagah punya kuat...panas baran lagi... kalau boleh saya nak cerai dia dengan talak tiga..biaq padan muka dia."

Bolehkah begitu??Talak hanya ditangan suami. Cuba fikirkan seorang lelaki kena berjihad fisabilillah. Perempuan tidak perlu. Jika ia taat pada suaminya dan duduk di rumah dia juga mendapat pahala sama spt suaminya yg berjihad di medan jihad tanpa perlu mengangkat senjata. Isteri yang sabar di atas karenah suami akan diberi ganjaran yg berganda-ganda. Lihatlah contoh Asiah isteri Firaun tetap menjadi ahli Syurga meskipun suaminya amat kufur pada Tuhan.

Ingatlah wahai muslimah ...musuh Islam tidak akan berhenti melakukan tipudaya sehingga kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yg diperjuangkan oleh mereka. Mereka hanya mahu melihat kita menari mengikut rentak mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan