Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 22 Disember 2011

Harta Masjidpun hangpa kebas ke....Masyaallah..

CURI TABUNG MASJID
RM 800 wang tabung Masjid As-Syarifah Kampung Tasek lesap dicuri. Apa sudah jadi pada umat islam sekarang. Mereka sudah tidak takut lagi pada Allah dan dua malaikat Allah yang berada di kiri kanan atau sekurang-kurangnya hormatlah sikit pada institusi ibadah umat Islam.

kalau penganut Hindu mereka tidak akan tergamak mengambil harta benda kuil dan seingat saya tak pernah saya dengar harta benda kuil dicuri atau diceroboh. Tapi orang Islam yang namanya melayu tergamak melakukan perkara terkutuk ini. Duit Masjid adalah duit derma orang ramai. Pada siapa ia perlu mohon ampun kelak agar menghalalkan apa yang ia curi.

Masjid yg dilengkapi dgn litar tertutup (CCTV) dapat merakam 2 lelaki melayu yang menceroboh masuk dan melarikan wang tabung masjid. Kejadian ini dipercayai berlaku sekitar 3.30 petang.

Rosak akhlak anak-anak islam akibat tolak Islam. Islam hanya perlu pada upacara nikah kahwin, tahlil talqin atau doa selamat apabila ada upacara rasmi sahaja. Lepas tu buang Islam, hina hukum islam, gertak ugut para ustaz supaya jangan terlalu lantang menyuarakan ajaran Islam yang syumul. Padahnya umat jadi jahil, dah tak takut dosa dan tak takut pada neraka. Selagi jahiliah moden abad kini tak ditumbangkan selagi itu kita akan terus melihat pesta maksiat dan mungkar akan terus berleluasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan