Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 19 Disember 2011

Kesian mak bapak lelaki gay ini..



Kamariah Hashim, ibu kepada pelajar berusia 28 tahun, Ariff Alfian Rosli yang didakwa telah berkahwin dengan pasangan gay di Britain baru-baru ini, merayu anaknya supaya kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia.

Ariff Alfian Rosli berangkat ke Ireland pada tahun 2003 untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di University College Dublin di bawah program penajaan Petronas. Dia dilaporkan hilang selepas menghentikan semua hubungan dengan keluarganya di Malaysia tiga tahun lalu dan dikatakan telah gagal untuk menamatkan pengajiannya.

Pihak keluarga Ariff telah cuba untuk mencari lelaki itu lapan kali dalam dua tahun tetapi gagal menemui jejak Ariff. Rosli Haron, iaitu bapa Ariff pernah membuat laporan tentang kehilangan anaknya kepada pihak polis, Wisma Putra, kedutaan Ireland dan Malaysia di kedua-dua negara.

Menurut laporan, Ariff dikatakan telah melangsungkan perkahwinan di luar negara dengan pasangan gay dengan berpakaian baju melayu tradisional, sampin dan bertanjak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan