Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 19 Disember 2011

Kalau begini hancurlah Islam



Lemahnya iman seseorang itu apabila tidak menjaga makan minum. kerana setiap apa yang masuk ke perut akan menjadi darah daging. Orang sering bertanya kepada saya kenapa malas ibadah. kalau sembahyang pun tak khusu' bagi saya salah satu puncanya adalah pemakanan kita seharian.

Gambar di atas menceritakan segalanya bagaimana masih ramai orang melayu islam sanggup makan makanan yang dimasak oleh orang kafir. Selamba je mereka duduk menyuap makanan tanpa memikirkan bahan makanan yang di masak atau sekurang-kurangnya kuala belanga atau pinggan adakah ia bersih dari digunakan dari memasak makanan haram. Mungkin kuali yang sama digunakan untuk masak daging babi jika di order oleh bukan Islam dan semestinya tidak disamak jika makanan itu diorder olah orang Islam.

Andaikata ayam tentunya tak disembeleh dan bahan masak seperti kicap tauhu mee tentunya dari buatan orang bukan Islam.

Inilah jahilnya umat Islam, mereka hanya mengira untuk mengisi tembolok tanpa memikirkan halal haram. Justeru tak hairanlah nur Islam susah sangat meresap masuk dalam jiwa mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan