Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 23 Mei 2011

Kenapa kau menangis...?

Kenapa kau menangis..? tanya seorang ustaz pada pelajarnya murid tahun 1. "Ustaz duit saya hilang ? "Berapa ringgit?" Tanya ustaz kembali. "5 ringgit...'Tangisannya tambah kuat. "Jangan susah hati, ni...ustaz bagi 5 ringgit ganti balik duit yang hilang tu."

Namun muridnya terus menangis tak berhenti-henti sambil tangannya menggengam erat duit 5 ringgit. "Aaikh.... apasal nangis lagi..kan dah dapat duit 5 ringgit tu?" Pening kepala ustaz melihat karenah anak muridnya itu.
Sambil menngis teresak-esak muridnya memberitahu kalaulah duitnya tak hilang dah tentu campur 5 ringgit yang ustaz kasi tadi jadi 10 ringgit.

Lalu ustaz tu berlalu pergi sambil hatinya berkata-kata "malaslah nak layan budak sekor nie...kalau masuk ujian matematik mesti boleh skor A..kecik-kecik dah tahu tolak tambah."

Lagi kisah dalam kelas...Cakap biar terang
http://yanzzgetolho.files.wordpress.com/2009/02/baby-lucu3.gif?w=227&h=188
Seorang ustaz mengajar muridnya satu tajuk berkaitan perkara yg membatalkan sembahyang. "Batal sembahyang kalau tersentuh najis..faham tak murid-murid" "Faham ustaz..!"Serentak muridnya menjawab.

Tiba-tiba Leman bangun dan bertanya "kalau orang tu sembahyang sambil peluk tong taik sah ke tak sah sembahyangnya ustaz...?" "Tentulah tak sah..yang pi peluk tong taik tu buat ape" Jawab si ustaz. "kalau begitu orang yang sakit perut batallah sembahyangnya? "Kenapa pulak??" tanya ustaz. "Kan orang sembahyang tu letak tangan kat perut...pastu perut dia sakit dah tentu ada taik dalam perut.
Ustaz...??? (dalam hati...dengan bebudak nie cakap biar terang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan