Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 1 Mei 2011

Seronok rasanya kalau kembali muda,,,

Imam Al-Ghazali pernah bertanya "Apakah yang paling jauh?" Spontan anak muridnya menjawap bintang bulan,matahari, langit dan sebagainya.Imam Al-Ghazali menyatakan hakikatnya yg paling jauh adalah masa yang telah ditinggalkan.

Memang seronok bila berkumpul bersama rakan-rakan setugas dalam satu program bersama di Pendang Kedah. Teringat balik zaman sekolah dulu, tinggal di asrama bergelak ketawa dengan pelbagai gelagat suka duka. Begitulah nostalgia yang telah ditinggalkan. Tapi bila dah tua-tua begini duduk di bermalam di dorm akan meninggalkan kenangan manis. Ada yang bersembang sehingga jam lima pagi. Boleh tahan juga mata mereka. Saya sendiri walaupun terasa letih dek perjalanan jauh tak dapat tidur nyenyak sesekali terganggu dengan bunyi gelak tawa rakan-rakan.

Aktiviti program lebih dalam bentuk membina semangat berpasukkan. kadangkala banyak gelagat lucu sehingga hilang rasa stress. Saya terfikir inilah seronoknya bila jadi seperti anak-anak. Bersilat, berlakon dan sebagainya. Sesungguhnya kita tak akan mampu memusing masa kehidupan. Hari ini kita bergelak ketawa seronok gile...entah besok lusa kita akan berduka nestapa. Bayangkan orang ada kurap panau akan merasakan keseronokkan apabila menggaru walaupun ditengah khalayak ramai tetapi akan merasa pedih dan kesakitan sesudah itu.

Saya bayangkan alangkah seronoknya jika kita semua dapat dikumpulkan dalam keadaan berseronok bergelak ketawa bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak. Tetapi persoalannya adakah ia akan berlaku sekiranya kita tidak beramal soleh???Tepuk dada tanya iman...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan