Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 2 Mei 2011

Osama...burung-burung hijau menanti kehadiranmu.

ketika saya membuka laman facebook saya dapati satu mesej memohon agar saya buat sedikit kupasan mengenai Osama b.Laden. Bagi saya samaada dia terbunuh ataupun tidak kita serahkan pada Allah namun hati kecil saya tetap berdoa dan mengharap "Ya Allah...Jangan jadikan berita ini benar..dan engkau laknatilah Obama serta sekutunya di atas keangkuhan mereka."

Osama didakwa terbunuh dalam satu serangan yg diketuai oleh Amerika di bandar Abbotab utara Pakistan tetapi bagi saya mesej jihadnya tidak akan mati. Orang yg beriman menyakini sebaik-baik kematian adalah syahid, dan...Osama telah mencapai matlamat itu.

Kita bukan mendokong al-Qaeda tetapi sesungguhnya setiap perjuangan menentang Amerika adalah jihad. Mugkin bagi Osama serta Al-Qaeda hanya perjuangan radikal sahaja yg boleh mengajar keangkuhan Amerika walaupun nyawa menjadi taruhan. Kita dimomokkan... Al-Qaeda itu teroris,ganas dan kejam. Siapa yang bunuh ribuan rakyat Iraq. Siapa yang memperkosa gadis-gadis Iraq dan Afghan. Siapa yang mengambil kesempatan menceroboh Libya dalam keadaan negara itu menghadapi krisis dalaman. Siapa yang menyalurkan bantuan senjata serba canggih kepada Israel untuk mengganyang umat Islam Palastine. Saya tak perlu jawap kerana jawapan itu sudah ada dalam fikiran umat Islam.

Tiba-tiba kita dengan gembiranya menyatakan ketua pengganas telah terbunuh. Banyak mana harta umat Islam yg telah dirampas oleh Osama.? Banyak mana nyawa umat Islam yg telah dikorbankan oleh Osama. Kita hanya ikut telunjuk Amerika..mereka itu kononnya pengganas lalu kita pun ikut sama tanpa menyelidiki terlebih dahulu.

Bagi saya siapa yang berjuang untuk tegakkan Islam tak kira dari pertubuhan Islam mana sekalipun di dunia ini dan bercita-cita untuk menghancurkan musuh dan kuasa mustakbirin mereka adalah ansorullah dan jundullah.

Bagi saya Osama dilihat sebagai seorang pejuang Islam yang sanggup meninggalkan kesenangan duniawi demi memenuhi tututan jihad menentang barat. ketika saya berada di Makkah dan Madinah banyak syarikat besar berjenama Ben Laden menunjukkan rangkaian kekayaan keluarga Ben Laden. Namun hakikatnya Osama Ben Laden sanggup menggunakan kekayaan itu untuk perjuangan dan bukan untuk kesenangan diri..

Peliknya ada pemimpin negara yang mengeluarkan kenyataan rasa gembira di atas kematiannya, kononnya dunia akan aman selepas kematian Osama. Benarkah begitu...???

Mungkinkah burung-burung hijau sudah siap menanti kepulangan Osama???
Wallahuaklam.

Pandangan ini adalah pandangan peribadi dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Apa yang buat aku confius apabila

Stesen televisyen Pakistan didakwa menyiarkan sebuah gambar palsu. Gambar tersebut adalah hasil gabungan dua keping gambar lain. Lihat gambar di atas...amati betul-betul.
Apa tujuan propaganda ini dilakukan masih dalam kajian. Apa yang pasti gambar yang disiarkan adalah gambar palsu dan bukanlah gambar Osama seperti yang digembar gemburkan. Tambah menghairankan, mayat Osama Laden dikatakan akan dikebumikan di laut, malah lokasinya dirahsiakan.
Secara peribadi saya begitu sangsi dengan berita kematian ini kerana setiap kali ekonomi Amerika jatuh teruk pasti ada sahaja isu dunia yang akan dicipta. Suatu ketika dahulu apabila Amerika menghadapi krisis perumahan maka palestine diserang bertalu-talu lebih dari 1 bulan yang mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat. Mungkinkah tindakan mereka menyerang Libya tidak berjaya melekakan mata dunia.Lalu timbul pulak isu ini.
Atau mungkin atas faktor kegawatan ekonomi Amerika, apabila nilai matawang US dollar merudum kenilai paling rendah dan gold naik paling tinggi dalam sejarah dunia, tak semena-mena Obama, Presiden Amerika mengumumkan Osama bin Laden yang mengetuai Al Qaeda telah berjaya dibunuh dan mayatnya ada dalam simpanan Amerika.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan