Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 4 Mei 2011

Jiwa Kacau jika Tinggal Islam...

Kekangan hidup, beban kerja, masaalah keluarga atau mungkin juga hutang keliling pinggang salah satu faktor penyebab bunuh diri. Entahlah... zaman makin maju tetapi kadar jenayah termasuk bunuh diri terus meningkat.

1 dari setiap 5 orang di Malaysia ini berpotensi gila atau sakit mental. Jika jumlah penduduk 27 juta orang, 5.4 juta orang ada potensi gila atau sakit mental. Rakyat sekarang hidup dalam keadaan tertekan, stress yang amat sangat,

Harian Metro 4 Mei 2011
KULIM: “Sejurus masuk ke rumah, saya nampak suami menggantung diri dengan kain di ruang tamu sebelum saya berlari membuka lilitan di lehernya.

“Suami jatuh ke riba saya, namun dalam keadaan lemah. Bagaimanapun, dia bangun semula dan mengambil kain cadar serta melilitkan di lehernya sebelum melompat dari kerusi menyebabkan dia meninggal dunia,” kata seorang isteri yang menyaksikan tindakan nekad suaminya menggantung diri di rumah mereka di Kampung Padang Janggus, di sini, pagi kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, wanita yang tidak mahu dikenali itu berada di luar rumah, manakala anak-anaknya sudah ke sekolah.

Wanita berusia 20-an itu berkata, dalam cubaan kali pertama, dia berjaya menyelamatkan suaminya, malah memintanya mengucap dua kalimah syahadah, namun apabila suaminya bangun semula dan mengambil kain cadar sebelum melompat dari atas kerusi, dia tidak mampu menghalang.

“Kejadian berlaku pantas malah saya sendiri terkejut dengan tindakan suami yang sanggup berbuat sedemikian,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan