Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 8 Mei 2011

Ada bakat...kerja keras mampu raih 3 juta .

TAHUKAH anda jaguh badminton, Lee Chong Wei adalah atlit terkaya Malaysia dengan pendapatan antara RM2 juta dan RM3 juta, tahun lepas.

Walaupun tidak sehebat Tiger Woods yang memperoleh pendapatan 53 juta euro (RM222.6 juta), tetapi jumlah yang diraih Ching Wei itu berbaloi dengan pengorbanan dan kerja ena yang membolehkan ‘nilai’ Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta.

Setakat lima kejohanan tahun ini - Grand Prix Master Final, Terbuka Malaysia, Korea, Seluruh England dan Terbuka India - pemain nombor satu dunia itu sudah memungut koleksi hadiah kemenangan hampir RM500,000.

Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong tidak menafikan anggaran pendapatan Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta, tetapi tidak mempunyai angka yang tepat.

“Kita hanya tahu jumlah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) yang dimenangi atlit, tetapi berapa nilai tajaan yang diterima mereka, kita tidak mempunyai maklumat kerana penaja terus berurusan dengan atlit tanpa melalu kita,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan