Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 12 Mei 2011

Badai Pasti Berlalu....

Pada suatu hari,aku mengemudi bot pancing bersama seorang teman pulang dari muara lautan. Tiba-tiba kelihatan awan hitam gelap datang bersama angin kencang. Langit tiba-tiba kelam. Beberapa bot kecil masuk ke alor sungai kecil.

"Bagaimana ustaz ? Kita berhenti di tepi paya bakau?"Tanya temanku,nampak cemas di wajahnya.Sesekali kilat menyambar diiringi dengan bunyi guruh berdentum."Kita teruskan perjalanan balik ke pengkalan. Ombak besar mendatang,angin kencang bertiup, suasana sangat menakutkan. Kelihatan bot-bot pukat tunda bersaing untuk pulang.

Aku nekad meneruskan perjalanan. Jangan berhenti di tengah badai kerana kita tidak pasti bila ia akan berakhir.

Andaikata kita menghadapi badai kehidupan...teruskanlah perjalanan jangan sekali-kali berhenti. Jangan putus asa kerana kita akan tenggelam dalam keadaan yang kacau bilau. Lakukanlah apa sahaja yang dapat kita lakukan...dan yakinlah bahawa Badai Pasti Berlalu. Dipenghujung usaha dan ikhtiar bertawakallah kepada Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan