Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 2 Mei 2011

LDP..Empat kali aku letih...

Memang seronok bila berkumpul dengan teman-teman setugas, naik bas untuk menghadiri program LDP di Pendang Lake Resort. Tapi yang letihnya bilamana bas mula jem. Maklumlah cuti mingguan dan hari pekerja. Masa tu rasa nak buang air kecil lah...letih sungguh dibuatnya. Biasa naik kereta boleh berhenti di mana-mana ... dah naik bas kena ikut mood pemandulah.

Letih yang kedua bila banyak makan. Cikgu-cikgu pompuan nie kalau tak bawa bekal macam tak sah perjalanan. Sekejap karipap sampai, pastu sandwish, pastu cucok badak...pastu macam-macam lagilah tak larat nak sebut. Perut jadi sebu. Nak lelap mata tak boleh sebab duduk belakang terlambung-lambung terhentak-hentak. Asyik bunyi plastik je dalam bas..lagi mata dok celik lagi tu mulut mengunyah. Kalau tak dengar bunyi plastik siempunya tengah lenalah tu..Tup...tup jaga...celik mata bunyi plastik balik..mana tak obersiti. Hai...letih aku.

Bilamana tak boleh nak lena mulalah nak bersembang. Depa dok tanya tentang artikel blog aku "benarkah Bukit Larut ada Bunian?"Hai letih aku nak explain balik. Pastu mulalah melalut cerita pasai hantu, rumah berhantu, Skk berhantu ...Aku cerita ketika ceramah aidil fitri di SKK tempoh hari pontianak pun dengar sama...bukan malam, waktu petang. Aku tengok teman yang kusyuk mendengar kembang kempis lubang hidungnya mungkin seram lah tuu. Cerita ni ada dalam artikel "Tetamu Tak Di Undang"sedar tak sedar sampai dah ke Pendang.

Sampai ke Pendang nak masuk ke jalan menuju resort tak boleh nak lalu sebab kereta blok. Terpaksa pulak turun angkat kereta yg menghalang termasuk pensyarah IPB. Ada 4 kereta yang terpaksa di angkat ke tepi..aku hanya tolong angkat satu...dah tak larat macam nak terputus urat sikentut...letih dibuatnya.

Aku tambah letih bilamana ada seorang teman yang menetap di Pendang bermurah hati beri joran sebab dia tahu aku kaki pancing. memanglah aku pancing di laut kat tasik, kolam aku tak biasa. Umpan pulak pakai dedak. Berjam-jam pancing tak dapat jugak. kerana letih aku putuskan untuk ke dorm memproses taik mata.

Taik mata tak boleh diproses kerana susah nak lena. bukan tak selesa..memang selesa dgn tilam, batal dua tiga bijik, econ lagi tuu...pasai apa aku pun tak tau...letih tapi tak mau lena betul-betul.Sat-sat terjaga Kena pulak member kepala masam dok sembang sampai 5 pagi...depa ni spesis burung hantu kut (maaf bro..gurau aje)

Letih yang terakhir ialah letih gelak. Permainan saham pun dah jadi macam betul-betul. mana tak marah kena tipu sampai Rm 2000. Pastu bersilat pakai tenggolok dan baju kertas. Nak tergelaknya lakonan purba pakai pistol. Yang member sorang ni pulak paling kat aku keluarkan pedang kertasnya tiba-tiba pedang tu jadi lembek ke bawah. Member kat belakang aku menyampuk "awat pedang hang lembek" Letih aku menahan gelak.

Maaflah kalau catatan ini ada yang menyentuh hati buat teman-teman ku. Beginilah kehidupan seorang blogger, apa yang dipandang ditengok itulah idea untuk aku menulis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan