
Kita biasanya sangat takut dengan mayat tetapi bagi bangsa ini mayat seolah-olah teman meskipun sudah kaku dan tak mampu berbicara.Setiap tahun mereka mengadakan pesta dibeberapa tempat di Toraja dan pesta ini dinamakan Ma' Nene. Ia satu ritual di mana mayat dikeluar dan diberi persalinan baru. Biasanya mereka melakukan kepada orang yang terkenal sebagai satu penghormatan di atas kematian mereka.

Saya pernah diberitahu oleh ketua anak negeri supaya tidak melalui sungai tempat mandian kerana biasanya mereka mandi tidak berpakaian tak kira tua atau muda. Andaikata bertembung juga jangan sekali-kali senyum kerana itu satu penghinaan.Mereka akan mencabut mana-mana daun ditepi sungai dan melipatnya dengan bacaan mentera dan sekaligus mulut kita juga akan terlipat mengikut liputan daun. Hee dahsyat tuu. Saya tak tahulah sama ada suku kaum ini suku Toraja atau suku kaum lain. Sebab itu seboleh mungkin saya tidak akan melalui jalan sungai takut terserempak. Mereka ini terkenal dengan pemujaan dan jampi serapah.
Namun saya tetap yakin apa jua kuasa iblis syaitan tidak akan dapat menandingi kekuasaan ayat-ayat Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan