Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 17 September 2010

Teruja Aku bila tengok video ini.

video

Hampir 8 bulan aku tak turun ke laut. Bot pancing tersadai di Pengkalan Kg Pinang Selinsing. kali akhir turun bersama Cikgu Fauzi (speker Sk.Kamunting) dengan Pie (kantin). Ketika itu banyak jugalah dapat ikan seperti Jenahak gerut-gerut,semilang,gelama paling banyak Pie dapat semilang kuning(moyong)

Kekangan masa dan kesibukkan dengan kuliah pengajian saban hari menyebabkan hobi yang aku minati sejak dulu lagi terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Pun begitu kerana mungkin kecuaianku melihat keadaan bot dan injin menyebabkan ia terabai selama 8 bulan

Semalam 8 syawal baru ada kesempatan untuk meninjau keadaan bot di Pengkalan Kg Pinang.Jangkaanku 8 bulan tak distat tentunya susah nak hidup. jangkaanku tepat bukan kata tak hidup,tali stat pun dah jem..mungkin pistonnya perlu diservis.

Nak angkat injin satu hal...kalau sorang tak terangkat. Injin 30 kuasa kuda amat berat mau dua orang baru terangkat. Alhamdulillah macam nak patah pinggang baru dapat dimuatkan dalam kereta pacuan 4 roda untuk dihantar servis

Pada kaki-kaki pancing,kalau dah terlampau minat siapa pun tak boleh halang. Aku bawak member-member kaki pancing semuanya percuma cuma tolong beli umpan sahaja..tapi satu prinsip aku dari dulu lagi aku tak akan bawa dan ajak kaki pancing yang tak sembahyang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan