Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 12 September 2010

Yang Tersirat disebalik yang Tersurat....

-Jadilah seperti mana jagung yang membungkus biji yang banyak....


Jangan jadi seperti Gajus mempamerkan bijinya walaupun hanya satu...


Falsafahnya ; Bagi kaum muslimin muslimat jagalah kehormatan diri dengan sebaik mungkin. Barangan yang dijual di peti kaca lebih bernilai dari yang dijual dikaki lima...

Jadilah Kamu sepertimana pokok pisang berbuah hanya sekali seumur hidupnya...


kesetiaan pada pasangan hidup. Dalam rumahtangga kecurangan sering berlaku..Seandainya pasangan hidup mengamalkan konsep susah senang diharungi bersama dan setia dengan yang satu hingga akhir hayat insyaallah ia akan dapat mengecapi kebahagiaan

Jadilah seperti durian..kulitnya berduri tetapi isi dalamnya lembut dan manis..

Click to view full size image

Dalam kelembutan ada ketegasan. Jagalah kecantikkan dalaman ,hati budi kerana itulah yang abadi.

Jangan Menjadi seperti kedondong di luarnya mulus dan berkilat,tetapi didalamnya ada biji yang berduri


Sifat nifak sesuatu yang dicela. Janganlah pada zahirnya nampak baik tetapi hati di dalam penuh dengan kekotoran.

Jadilah seperti ubi sengkuang...berada di tanah yang berselut kotor tetapi isinya tetap putih bersih


Meskipun rakan sekeliling ahli maksiat namun ia tetap berpegang teguh dengan kesuciaan agama dan prinsip Islam.

Jadilah seperti mana tandan petai membahagikan makanan samarata kebiji-bijinya....


Berlaku adillah dalam pemberiaan...


Jangan jadi tandan rambutan buahnya tak seimbang ada yang besar ada yang kecil...


Janganlah membeza-bezakan kasih sayang. Orang yang adil itu akan mendekatkan diri kepada ketaqwaan.

Jadilah seperti cili semakin tua semakin pedas...


. semakin meningkat usia semakin kuat beramal soleh.Bukannya tua-tua keladi makin tua makin menjadi (mengalahkan orang muda..)

Jadilah seperti buah manggis yang boleh diteka ulas di dalamnya dengan melihat bahagian bawah buahnya.


Tulus,tidak bermuka-muka, ikhlas apa yang nampak dizahir itulah yang ada dalam hati sanubarinya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan