Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 12 September 2010

Pembendaharaan emas dari Sg Furat...Pasti akan terbongkar.

"Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".
(H.R. Bukhari Muslim)
Di mana sebenarnya terletak Sungai Furat yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw? Apakah sekarang ia sudah surut airnya? Sebenarnya kita Umat Islam telah dilarang oleh Rasulullah saw untuk mengambil apa-apa daripada harta itu. Jadi kita tidak perlulah bersusah payah untuk ke sana ..Yang lebih baik kepada kita muhasabbah diri, kerana tidak terjadi hari Kiamat sehingga keringnya Sungai Furat.
Sungai ini merentangi 3 negara Iraq, Syria dan Turki. Panjang keseluruhan sungai ini adalah kira-kira 2,289km (1,422 batu). Peta di bawah melakari kepanjangan sungai ini.


lihatlah dan selusurilah sungai ini, bermula dari negara Turki hingga ke muaranya di negera Iraq. Jaraknya sejauh lebih kurang 5 kali perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.






Persoalannya di mana letaknya 'perbendaharaan emas' yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. Bagaimanapun, kita tidak perlu mencari harta itu kerana ia telah di LARANG oleh Pemimpin Besar kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan