Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 5 September 2010

Bila Mata Menyihir....


al-Fadhl bin Abbas pernah dalam satu perjalanan dari Muzdalifah ke Mina, menumpang unta Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan korban di sana.Dalam perjalanan itu, tiba-tiba ada beberapa ekor unta yang ditunggangi oleh kaum wanita melepasi mereka.

Al-Fadhl teruja melihatnya.Lirik matanya terpesona.Rasulullah s.a.w peka dengan anak muda itu. Baginda lantas memalingkan kepala al-Fadhl ke arah lain.
Jelas,terang lagi bersuluh,jika pandangan sebegitu dibolehkan,sudah tentu Rasulullah s.a.w. membiarkan sahaja al-Fadhl menikmati pandangannya.

Rasulullah s.a.w bersabada dalam Musnad Ahmad bin Hanbal maksudnya~
"Pandangan mata itu laksana anak panah beracun daripada berbagai macam anak panah iblis.Sesiapa menahan pandangannya daripada keindahan-keindahan wanita,maka Allah mewariskan kelazatan beribadat di dalam hatinya yang akan dimiliknya hingga saat dia bertemu dengan-Nya."

Beberapa keindahan menahan pandangan mata...
1~memerdekakan hati daripada kelalaian....
2~menajamkan akal....
3~"menyimbah"api neraka jahannam....
oleh sebab pandangan mata itu pintu syahwat,yang membuat iman tergugat lalu tertarik hendak membuat maksiat.Apabila sudah membuat maksiat, sudah tentu api neraka menjadi tempat kembalinya.Tahanlah pandangan,insya-Allah terpadamlah Jahannam.
4~menguatkan hati dan menyalakan keberanian....
5~kepuasan menahan nafsu...
6~mudah menerima ilmu...
7~menguatkan firasat yang benar...
8~bebas daripada penyesalan.

Mata itu boleh berzina dan zinanya ialah pandangan.....
Lidah itu boleh berzina dan zinanya ialah perkataan....
Kaki itu boleh berzina dan zinanya ialah ayunan langkah...
Tangan itu boleh berzina dan zinanya ialah tangkapan keras...~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan