Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 16 September 2010

KERANA UDANG GERAGAU UMAT ISLAM TERUS DIRUNDUNG MALANG

Udang Geragau

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.
Udang Geragau

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang Geragau

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.


Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Di bawah panas terik nescaya mereka akan cepat berpeluh dan tentunya peluh itu akan merenjis jatuh dan bercamput baur dengan udang geragau tersebut..

Udang Geragau

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Memang kebersihan udang ini tidak dititik beratkan. Sepatutnya mereka disediakan kasut khas, ataupun kawasan jemuran ini dipagar supaya tidak dicemari oleh speses yang tak diingini seperti gambar yang tertera di bawah ini..



Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut. Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Udang Geragau

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Udang Geragau

Mungkin kita terlalu banyak memakan benda kotor dan mutanajis sebegini menyebabkan hati kita juga berjerebu. Ibadah tidak merasa nikmat..hidayah susah nak meresap masuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan