Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 11 September 2010

Syurga....Daku Merinduimu

Sekadar gambar hiasan tiada kena mengena dengan gambaran sebenar

Pakaian ahli syurga adalah 'sundus' dan 'istabraq'. Iaitu sutera bulu halus dan tebal keluar dari kelopak bunga pohon Tuba dan warnanya bermacam-macam putih, merah, hijau, kuning dan hitam. Mereka memakai gelang emas dan perak, mahkota intan berlian yang mutiaranya adalah 'yakut'.

Jika manusia di dunia ini melihat pakaian-pakaian tersebut, tentu mereka pengsan kerana tidak tahan melihatnya.

Kasut mereka tebal dan empuk. Tempat mereka tinggal berhamparkan permaidani yang sangat indah. Ada khemah yang tingginya 60 batu dan setiap sudutnya terdapat isteri-isterinya. Ada katil-katil berderetan yang berhias, yang boleh dilaraskan tinggi rendahnya. Namun katil-katil ini bukanlah untuk tidur kerana di syurga itu tidak ada tidur sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi saw "Tidur itu saudara kematian. Ahli syurga tidaklah tidur."

Bagi mereka disediakan sofa 'al-arikah', iaitu sofa pengantin yang dipadukan dengan katil yang terhias indah. Di dalamnya mereka dilayani oleh pelayan-pelayan yang sentiasa muda..

Isteri-isteri penghuni syurga itu 'muthahharah', iaitu bersih dari haid, hingus, ludah, dan sebarang najis. Mereka disebut 'al-hur' kerana sentiasa muda, cantik, kulitnya mulus, bahagian hitam matanya sangat hitam dan bahagian putihnya sangat putih. Mereka tidak pernah digauli oleh sesiapa pun sebelumnya, gadis sunti, dan sentiasa dalam keadaan perawan. Mereka disebut 'uruban' kerana selain cantik juga amat pandai berkomunikasi dan pandai memberikan yang terbaik kepada suaminya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan