Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 14 September 2010

"Kes jenayah di Malaysia sekarang ini semakin menjadi-jadi, semakin meningkat, semakin menggila. Di samping kita meningkatkan langkah pencegahan jenayah, mempereratkan kembali semangat kejiranan, semangat persaudaraan, yang paling utama bagi kita umat Islam ialah kembali memohon kepada ALLAH swt agar menjadikan Malaysia negeri yang Aman dan Sejahtera, sejajar dengan titah Pemangku Sultan Terengganu yang dibacakan sebelum Solat Sunat Idil Fitri di Masjid Pengkalan Arang, Kuala Terengganu pada 10 Sep 2010 supaya menjadi Terengganu Negeri yang Aman dan Sejahtera.

Tak payahlah kita nak terkejar-kejar nak membangunkan fizikal, jadi negeri maju, tetapi rakyat dan pemerintah tak selamat, aman dan sejahtera. Kalau negeri aman dan sejahtera , insyaAllah senang kita hendak menjadi negeri atau negara maju.

Nak mohon pada Allah untuk menjadi Malaysia negeri aman dan sejahtera, hendaklah kita buat semua yang apa Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah tegah.


Dicatat oleh :rozmal

**********************

Kes jenayah meningkat dibimbangi

Utusan Malaysia 13 Sep 2010

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) memandang serius peningkatan kes jenayah kejam termasuk pembunuhan yang semakin membimbangkan. Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, lebih merisaukan apabila jenayah berkenaan berlaku secara drastik berdasarkan beberapa kes yang dilaporkan kebelakangan ini.

"Kes-kes jenayah kejam dan ganas yang dipaparkan melalui media memberi gambaran bahawa negara kita seolah-olah dibelenggu dengan masalah ini. "Pembunuhan merupakan jenayah ganas yang paling berbahaya dan terdapat individu yang berani melakukannya tanpa bimbang kepada pembalasan undang-undang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes jenayah kejam yang semakin berleluasa termasuk kes bunuh.

Sehubungan itu kata Lam Thye, punca berlakunya kes jenayah kejam harus dikaji dengan teliti serta langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani keadaan ini. Menurut beliau, jika masalah ini berterusan, ia akan menjejaskan imej negara.

"Pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi fenomena jenayah tersebut yang semakin menular. "Hal ini kerana, aspek keselamatan masyarakat perlu diberi tumpuan yang lebih agar rakyat yakin terhadap keadaan keselamatan semasa,'' ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan