Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 2 September 2010

Secubit Garam Secukup Rasa...


Selepas menyampaikan tazkirah tarawih aku mengambil kesempatan berbual dengan beberapa ahli jamaah masjid."Sekarang ni ustaz...duit 50 ringgit macam 5 ringgit saja" Aku hanya senyum mendengar keluhan seorang temanku. "Pi pasar malam Kamunting,ikan udang ketam sotong semua mahal melambung-lambung. Dulu ikan temenung (kembong) 4 atau 5 ringgit jee sekilo...la..ni nak beli ikan temenung kena termenung-menung dulu sekilo 12 ringgit..fuhh mahalnya"Beberapa jamaah tertawa kecil mendengar celotehnya.

Seorang Jamaah lain pula menyampuk "Aku dapat duit sumbangan raya 500 ringgit baru-baru ini,bawa anak-anak pergi Tesco dan Taiping Center,fulamak tengok-tengok selesai 200 ke 300 ringgit...duit keluar laju macam air paip"

"Nasib baiklah bini saya pun kerja ustaz,kalau saya kerja sorang rasanya tak cukup. Bulan lepas saya catat segala perbelanjaan selesai ngam-ngam 2,600. Itupun setakat bayar bil-bil,minyak kereta duit sekolah dan asrama anak dan belanja di rumah" Aku makin seronok sesekali ada jamaah lain pula menyampuk.

"Sebab itu kita kena bertimbang rasa pada bini kita..depa kerja nak bantu suami,balik pula terpaksa uruskan rumahtangga..Sebab itu jangan marah orang yang bininya kerja rumahnya berselerak sebab tak sempat nak kemas.."Sampuk seorang jamaah yang mesra dipanggil Pak Ngah.
Kali ini aku pula jadi pendengar setia,kalau tidak dok bagi ceramah kat orang saja.... "Ustaz tau tak saya nii kalau nak tidoq macam kucing nak beranak buat sarang...tepih(tepis)sana..tepih sini..lepaih tu baghu boleh bengebah." Pak Man yang pekat longat kedah menyampuk.

Fuuh..makin syok ni bisik hati kecil ku "Awatnya Pak Man"Aku cuba mencungkil. "Dak laa Ustaz...,bini aku rajin membasuh kain baju..tapi bila time nak lipat,malaikat je yang tau..pi longgok atas katil,nak tidoq macam mana..kaih sana... kaih sinilah cari lorong nak menyuloq macam ular. Kali ni aku tak boleh tahan ketawa "Yang Pak Man tak pi tolong lipat sama pasai apa...??Makin galak pula aku bertanya "Lipat apaa. Pak Man pun jenis baloq liat nak lipat baju. Kalau ada mesin lipat baju.. Pak Man lah orang yang pertama membelinya"

Bukan kata Pak Man..aku pun sama bisik hati kecil ku.
Tak apalah..tengok sahajalah klip video ini kalau-kalau boleh membantu.


video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan