Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 11 September 2010

Kopi Tahi musang...tak dak Minuman lain ke..?


Berita Harian bertarikh 20 Julai 2010 mengesahkan bahawa kopi yang termahal yang mencecah hampir RM2,000.00 se kilo yang dipasarkan secara online telah menjadi kontroversi. Rupa-rupanya negara jiran kita yang mempelopori di Indonesia 'minuman' eksotiks ini. Siapa yang pergi ke sana harap berhati-hati jika ingin meminum kopi. Mana lah tau kalau-kalau jadi ketagih kopi selepas meminum kopi tahi musang pulut..

Biasanya benda-benda yang termahal ni, proses dan penghasilannya juga 'ganjil' sedikit. Begitu juga dengan kopi ini, pemprosesannya amat ganjil sekali. Pun begitu, itulah kegilaan manusia di abad ini.


1. Tuaian biji-biji kopi






2. Proses pengasingan Biji-biji kopi. Mungkin mereka memilih kopi-kopi yang cukup masak diambil.


3. Biji-biji kopi yang dipilih tadi diberikan kepada binatang ini untuk dimakan.Binatang ini namanya musang(Civet) dan diberi makan biji kopi terpilih sahaja.


4-Binatang ini dijadikan sebagai 'mesin' pelbagai guna. Bukan seekor bahkan berpuluh ekor.masa proses penghadaman,enzim musang ini akan menghasilkan biji kopi yang unik.


5. Biasalah selepas makan, Binatang tadi akan 'berak' dan hasilnya kulit kopi tadi telah dihadam; yang tinggal biji-biji kopi sahaja sebagai najis. Najis-najis haiwan ini dikutip setiap hari.

6. Baginilah rupa najis-najis haiwan itu.

7.Najis haiwan ini dikutip dan dibersihkan. Proses pembersihan dan pemilihan biji kopi musang(Civet) yg terbaik untuk dikisar menjadi serbuk kopi.


8. Setelah menjalani proses pengeringan, akhir sekali proses pembotolan dan pembungkusan dan perlabelan.Nah! ini dia hasilnya.


Didalam ajaran Islam menegah sama sekali kita memakan sesuatu yang bercampur dengan najis. Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan