Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 3 Ogos 2011

TV 9 pulak buat hal

Saya kira sudah sampai masanya setiap saluran tv menyediakan pakar rujuk agama untuk menapis segala bentuk iklan terutama yang bersangkutan dengan hukum hakam halal dan haram. Mungkin ada yang tak kisah dengan iklan dalam tv 9 berkaitan dengan bersahur kerana menganggap itu perkara lumrah dalam masyarakat melayu kita.

Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.

NONEPada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.

“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,” kata Hasbullah.

Menurut beliau, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah SAW bahawa terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan