Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 13 Ogos 2011

Tidur yang tak disukai oleh Rasulullah saw

Bulan Ramadhan ni memang cepat mengantuk. maklumlah perut lapar, badan pun letih. Namun ada beberapa waktu yang Rasulullah saw tidak menyukainya antaranya sat hadis riwatyat Osman Ibnu Affan ra bersabda Rasulullah yang mafhumnya " tidur selepas solat subuh itu boleh mencegah dari rezki (menjauhkan dari rezki)

Sheikh Abdul Bari Fathullah memberi nasihat supaya bersungguh memenafaatkan waktu pagi dengan kerja-kerja yg boleh memberi menafaat seperti menuntut ilmu, membaca atau menghafaz Al-Quran dan jauhkanlah dari tidur kerana ia akan menghilangkan keberkahan hidup.. Ini bersumberkan kepada satu hadis Rasulullah yang bermaksud "Ya Allah....berkatilah ummatku di awal paginya."

Ada satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Bahawasanya Rasulullah bersabda yg mafhumnya "Aku Rasulullah tidak menyukai seseorang yg tidur sebelum solat Isya..." (hadis riwayat Bukhari dan Muslim ) Imam At-Tarmizi menyatakan "Mejoriti ulamak hadis hukumnya adalah makruh tidur sebelum solat isya dan sebahagian ulamak hadis yg lain memberi keringanan dengan membolehkan tidur sebelum solat isya' khususnya pada bulan Ramadhan...Antaranya sheikh Abdullah bin al-Mubarak

Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan