Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 13 Ogos 2011

make up mayat pun dah ada sekarang...

Bukan hanya orang hidup perlu berhias supaya nampak cantik dan menawan. Laa ni orang mati pun perlu di dandan dan dihias agar nampak cantik. Di Taiwan umpamanya ada tempat-tempat pemakaman yang menawarkan khidman mendandan orang yang telah mati. Apatah lagi khidmat tawaran ini mendapat sambutan dari orang ramai.

Bagi kita orang Islam kita hanya perlu memandikan dan menghilangkan segala kekotoran di badan mayat dan perlulah disegerakan urusan pengkebumiannya kerana di sisi Allah hanya amalan sahaja yang akan kembali ke hadrat-Nya sedangkan jasad adalah untuk makanan ulat dan cacing tanah dan tulang belulang adalah hak bumi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan