Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 12 Ogos 2011

Nasib para guru yang semakin malang,


Nampaknya semakin malang nasib guru.Beban kerja semakin bertambah. Pembelaan dan kebajikan semakin terabai. Terbaru kelompok guru ini telah 'dihilangkan' elaun perpindahan buat mereka.

Bayangkanlah guru-guru ini yang semenjak habis pengajian terus dengan rela dicampakkan ke pendalaman sejauh Borneo tetapi setelah ada yang lebih 12 tahun di sana dan apabila bertukar ke Semenanjung tidak diberi sebarang elaun untuk pindah.

Ada yang sudah bekeluarga dengan anak yang ramai, sudah punya kenderaan dan berapakah perbelanjaan untuk memindahkan keluarga besar ini ke Semenanjung ?

Menurut teman - teman yang menyatakan keluhan mereka mahu semua faham selalunya kalau pun diberi elaun perpindahan ini mereka masih perlu menambah dengan duit sendiri.

Elaun perpindahan ini sebenarnya pun tidak pun cukup tetapi bererti besar dalam membantu perpindahan khususnya bagi mereka yang telah lama di pendalaman Sabah dan Sarawak.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan