Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 3 Ogos 2011

Aiikh...Pengusung kerandapun hangpa nak curi kaa...?

Awal Ramadhan ini aku tengok mesjid dan surau begitu meriah. masing-masing berlumba-lumba melakukan ibadah. Malangnya masih ada yang tidak faham sehingga ibadah dicemari dengan berbagai gejala yang yang tidak sihat.

Aku suka melihat anak muda berduyun-duyun ke mesjid untuk bertarawih. Namun apa yg menyedihkan kadangkala mereka nie datang bukan kerana nak beribadah tetapi hanya sekadar suka-suka. Mereka suka kerana nak tengok awek-awek ke mesjid dan ada pula yang ambil kesempatan untuk mengusik,mengurat serta cuci mata. Hari ini masuk hari ke 4 berterawih dan malangnya masih lagi berlaku kecurian. Semalam 3 motosikal di curi. Hari ini disebuah surau barangan berharga dalam kereta ahli jamaah tarawih dicuri. Sebelum tu beg tangan jamaah muslimat dikebas.

Mereka pura-pura bersembahyang tetapi disebalik itu mereka ambil kesempatan. Apa dah nak jadi dgn umat Islam hari ini...seolah-olah mereka dah tak takut lagi dengan dosa. Sebelum Ramadhan sebuah surau mengadu kehilangan pengusung keranda kerana dicuri mungkin ada besi atau aluminium yang boleh dijual. Parah...parah...inilah kalau hukum Allah berat untuk dilaksanakan. Jenayah berleluasa, masaalah sosial semakin meningkat dari hari kesehari.Kuliah agama dihalang dan disekat.

Apa yang menyedihkan kerana takut sangat dengan tazkirah Ramadhan ajk sebuah masjid membatalkan semua majlis tazkirah di masjid tanpa sebab yang munasabah. Semalam aku dapat sms "maaf ustaz...tazkirah ustaz di masjid daerah Taiping terpaksa di batalkan atas arahan pihak tertentu sedangkan 2 bulan sebelum ini mereka dah booking untuk aku isi satu slot tazkirah. Aku tak kisah dengan pembatalan ini tetapi akibatnya lihatlah apa yang berlaku pada generasi umat Islam kini. Kejahilan mereka menyebabkan umat islam menjadi semakin terhina dan kehilangan i'zzah disisi masyarakat apatah lagi di sisi Allah swt.

Namun begitu kita melihat masjid yang diselitkan dengan tazkirah ramadhan sentiasa dikunjungi orang ramai dan nampak kesyahduan ramadhan tetapi masjid atau surau yang menyekat tazkirah ramadhan seolah-olah roh ramadhan tidak hidup. hanya menampakkan kemeriahan makan minum dengan jamuan moreh yg disediakan selepas tarawih.Manusia lebih mengutamakan makanan jasmani dari makanan rohani..Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud "....beruntunglah mereka yang senantiasa menyucikan nafsunya, dan...amat rugilah mereka yang mengotorinya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan