Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 7 Ogos 2011

Buat lubang untuk tengok Kaabah...

Makam Mbah Bolong di Masjid Sunan AmpelPernahkah anda berkunjung ke Surabaya. Di sana terdapat satu masjid yang sangat terkenal iaitu Masjid Ampel. Berbagai kisah yang dapat didengar mengenai sifat karomah Sunan Ampel termasuklah anak muridnya yang bernama Mbah Sonhaji

Mbah Sonhaji mendapat gelaran Mbah Bolong kerana kemampuan yang luar biasa yang terdapat dalam dirinya.

Dulu, di awal pembinaan Masjid Agung Sunan Ampel di kawasan Ampel Denta Surabaya, Sonhaji-lah yang ditugasi menentukan arah kiblat supaya ia benar-benar mengadap ke arah Baitullah (Kaabah)

Haji Baidowi Muri bilal Masjid Sunan Ampel menyatakan banyak yang meragui kemampuan Sonhaji dalam menentukan arah kiblat. Menyedari hakikat itu Sonhaji telah membuat satu lubang (bolong) di dinding hadapan imam berdiri sambil mengarah setiap orang meneropong melalui lubang tersebut Ternyata, ada yang luar biasa ’ dari lubang itu mereka boleh melihat Ka’bah yang berada di Mekah.

Wallahuaklam...Gambar atas makam Mbah Sonhaji sentiasa dikunjungi oleh orang ramai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan