Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 4 Ogos 2011

RUGI...RUGI...RUGI

Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Asr, "Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."

Dalam surah ini, Allah menekankan betapa pentingnya masa. Masa yang dimaksudkan ialah, kehidupan kita. Iaitu masa yang diberikan oleh Allah di sepanjang perjalanan hidup kita di dunia. Pada awal surah ini Allah menekankan, manusia itu (semuanya) dalam keadaan kerugian. Tidak kira siapapun, selagi dia bergelar manusia, dia berada dalam kerugian.

Namun, Allah tidak berhenti setakat itu. Allah menjelaskan lagi, apakah ciri-ciri yang boleh mengelakkan diri daripada tergolong dalam golongan yang rugi. Sebelum itu, golongan yang rugi ini adalah golongan yang di dunia merana, di akhirat sengsara. Inilah yang dikatakan rugi. Walaupun di dunia, dia merasa bahagia, walhal dalam keadaan tidak sedar (tanpa mencari kebenaran) dia sebenarnya dalam kerugian.

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Kahfi, ayat 103 & 104,"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?'

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan'."

Inilah orang yang rugi. Dia merasa dirinya berada dalam kebenaran dan kebaikan. Walhal, selagi dia tidak mendapat kepastian dengan mempelajari Islam, selagi itulah dia rugi. pengakhiran bagi orang yang rugi, tidak lain dan tidak bukan adalah kesengsaraan di dunia dan neraka Allah yang amat azab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan