Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 3 Ogos 2011

Aku sempat tengok iklan nie sebelum ditarik balik

Masih ingatkah dengan iklan raya tahun lepas yang disiarkan di TV3 kemudian terpaksa ditarik balik kerana ada unsur-unsur pluralisma agama. Kali ini satu lagi iklan yg menimbulkan kontraversi di kalangan masyarakat berbilang bangsa. Saya dah tengok iklan nie...memanglah tujuannya baik namun apabila diolah sedemikian rupa mungkin menimbulkan rasa tak senang dan sensitiviti di kalangan bangsa yang terlibat.


Namun begitu Stesen televisyen 8TV hari ini memohon maaf berhubung iklan Ramadan yang di-keudarakan seketika sebelum ditarik-balik berikutan bidasan pelbagai pihak bahawa ia berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa.

“Mesej itu bukan bertujuan menyinggung mana-mana bangsa atau keturunan dalam apa cara sekalipun. Ini adalah kesilapan jujur membabitkan sedikit jenaka yang disalahtafsir dan menjadi kebimbangan sesetengah pihak.

Pada satu daripada tiga iklan itu, ketiak seorang wanita Cina yang memakai baju tanpa lengan yang ketat dikaburkan apabila dia mengunjungi bazaar Ramadan sambil mendakwa dirinya menjadi tumpuan.

Iklan itu kemudiannya menasihatkan penonton agar tidak berpakaian ketat dan mendedahkan. Mereka juga diingatkan supaya tidak terbawa-bawa dan memahami serta menghormati signifikan Ramadan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan