Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 1 Mac 2013

Peliknya nama dia...Daun sambung nyawa

Sembang dengan kawan sekerja. Orang lama kalau sembang topik penting macam mana nak jaga kesihatan. Lalu terceritalah satu khasiat pokok yang jarang di ketahui orang dan namanya pun agak pelik. Nak tahu apa namanya...? Orang panggil  pokok daun sambung nyawa atau setengah orang panggil sireh cina.


Anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa ni setiap hari. Boleh jadikan ia ulam ataupun dimakan begitu saja.
Selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah. Kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga. Secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri.

Begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.

Kesimpulannya, daun dan pucuk sambung nyawa ni bukan sekadar ubat untuk melegakan pening kepala, malah ia turut berfungsi mengubati komplikasi yang menyebabkan pening kepala itu sendiri seperti darah tinggi dan migrain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan