Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 10 Mac 2013

Tidurlah.....


Semenjak dua menjak ni aku rasa makin susah pulak nak lena. Ada sekali tu sepicing pun aku tak lelapkan mata. Tetiba je dah masuk subuh terus solat subuh. Pagi pi kerja...stedy je sikit pun tak rasa mengantuk apatah lagi menguap kerana tak tidur langsung. Pelik kan?

Nak kata aku banyak pikiak, rasanya tak kut. Balik ngajor di Masjid atau surau biasanya sampai rumah jam 10 malam. Try jugak baring-baring kut boleh lena tak boleh jugak. Daripada tergolek-golek sat ke kiri sat-sat ke kanan lebih baik aku buat kerja sikit. Ada baju, kain yang tak dilipat aku lipat, pinggan mangkuk yang masih tak berbasuh aku basuh, sapa pun tak sedar. Ingat kut-kut lepaih tu bila badan letih boleh lena kut. Tak boleh jugak. Ambik buku agama atau kitab lama, muraja'ah sikit bagi mata letih.. tak boleh lena juga. Apa pasai nie? Bimbang jugak...ada penyakit ke aku ni. Biasa orang yang susah hati je susah nak tidur. Nii hati senang...buat seminggu tak tidur kacau di buatnya.

Tak palah semuanya kehendak Allah jua. Sihat sakit ke semuanya ditentukan oleh-Nya. Apa yang penting kita dapat menafaatkan masa dengan sebaik mungkin. Orang alim dulu amat sedikit mereka tidur serbaliknya di rumah mereka ada bilik khas di bawah tanah untuk mereka beribadah (bersuluk) demi mendekatkan diri kepada Allah swt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan