Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 14 Mac 2013

Anak berjiwa malaikat...


Amir 13 tahun pelajar Smk Dato Syed  Esa Bat6u Pahat Johor dilaporkan telah terlihat seorang wanita yg dalam keadaan  terlupa telah meletakkan beg tangannya di bumbung keretanya dan terus memandu pergi. Beg itu jatuh dan dipungut oleh Amir di dalamnya terdapat wang tunai 15.000 dolar Singapore iaitu kira-kira Rm 37.500.

Amir memungut beg tersebut dan memecut basikalnya mengejar kereta tersebut kira-kira 200 meter kereta tersebut berhenti di persimpangan dan Amir mengembalikan wang tersebut kepada tuannya. Atas rasa berterimakasih tuan yang empunya wang itu telah menghadiahkan wang sebanyak Rm 25 kepada Amir dan Amir dengan tegasnya menolak pemberian tersebut. Sungguh mulia hati anak ini. Andai kalau kita atau anak kita menjumpai wang  tersebut adakah kita akan menjadi seperti Amir..???

Amir ketika ditanya kenapa ia sanggup memulangkan wang tersebut, dengan tegasnya ia menyatakan bahawa orang tuanya telah mendidik dan mengajarnya agar jangan sekali-kali mengambil hak orang lain..

Ingatlah akan berlakulah pertarungan antara "kata hati" dengan "suara hati" Hati akan berkata "Kalau aku ambik wang ini...siapapun tak tahu" Tapi suara hati mungkin akan menyatakan "Aku solat, aku puasa kenapa aku perlu mengambil harta orang ... bagaimana solatku, bagaimana sedekahku, bagaimana puasaku kalau dengan ini sahaja aku boleh tewas dengan godaan..Fikirkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan