Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 20 Mac 2013

Taufik...dimanakah kau berada???


Bicara tentang taufik. Maknanya Allah beri pertunjuk dengan menggerakkan hati kita untuk beramal. Ada orang dah dapat hidayah islam tapi malas beramal. Maknanya ia tidak diberi taufik.

Antara ciri-ciri mereka yang TIDAK  dikurniakan taufik ialah

1-Tidak mensyukuri nikmat. lagi banyak nikmat dia dapat semakin ia kufur nikmat. Bahkan dengan bangganya ia menyatakan semua kejayaan yg dikecapi adalah hasil usaha gigihnya sendiri. Alangkah sombongnya ia dengan Allah swt.

2-Mencintai ilmu tetapi tidak mengamalkan.
Berlaku juga sebahagian individu yang minat mengaji tetapi masih tak mahu berubah. Belajar untuk tahu bukan untuk amal. Tak hairan berpuluh tahun mengaji di surau masih tak tutup aurat dengan sempurna.

3-Melakukan dosa tetapi bertangguh untuk bertaubat.
Ini lagi satu penyakit. Anggap masih muda. Seronok dulu...nanti tua baru taubat. Sikap sebegini membawa kepada kecelakaan. Kita tak tahu bila nyawa kita akan diambil oleh Pemiliknya. Taufik tidak akan datang kalau kita bersikap sebegini.

4-Bersahabat dengan orang soleh tetapi kita tidak meniru amalannya
Sayang ...sekiranya kita sudah bijak memilih kawan  Kawan kira orang yg soleh, kaki solat, sentiasa hadir kuliah ilmu di masjid tetapi  kita tidak mengikut jejak mereka..Sahabat kita ke masjid kita pula kat kareoke

5-Tahu rendahnya dunia tetapi masih memburunya

6-Tahu tingginya Akhirat tetapi sering meremehkannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan