Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 28 Mac 2013

Benarkah batuk boleh menyelamatkan nyawa??


Sesekali masih aku terasa sesak di dada terutama di waktu malam. Rasanya sudah lebih 2 bulan sejak balik dari Indonesia batukku  berterusan terutama ketika cuaca sejuk.. Rupanya batuk ini juga ada kebaikannya. Dari segi agama dah tentu kita ingat Allah sebab setiap kali kita batuk yang menyakitkan kita sebut "Allah hu Akbar"
Dari segi saintifiknya pula ia boleh menyelamatkan seseorang dari serangan jantungSakit jantung merupakan pembunuh senyap yang tidak disangka oleh ramai orang. Kehadirannya secara tiba-tiba, boleh membunuh individu tanpa sebarang amaran. Kebiasaannya ia datang bersama pakej tiga serangkai, dengan dua lagi penyakit berbahaya iaitu diabetes (kencing manis) dan darah tinggi. 

Kebanyakan pesakit bersendirian ketika 
mereka mengalami serangan jantung, Tanpa bantuan, individu berkenaan mula berasa lemah, dan hanya mempunyai kira-kira 10 saat kiri sebelum hilang kesedaran atau koma.

Walau bagaimanapun, penurut pakar kardiologi, mangsa-mangsa boleh membantu diri mereka melalui batuk berkali-kali dan sangat bersungguh-sungguh. Satu nafas harus diambil setiap sebelum batuk, dan batuk mesti mendalam dan berpanjangan, kerana batuk itu mampu mengeluarkan kahak yang jauh dalam dada.

Satu nafas dan batuk perlu diulangi kira-kira setiap dua saat tanpa membiarkannya berterusan sehingga bantuan tiba, atau sehingga jantung dirasai agak selesa untuk kembali berdegup.

Bernafas untuk mendapatkan oksigen ke dalam paru-paru dan batuk membantu pergerakan memerah jantung dan mengekalkan peredaran darah. Memerah tekanan pada jantung juga membantu ia mengembalikan degupan ke rentak normal. Dengan cara ini,mangsa serangan jantung boleh sampai ke hospital dan sempat diberi rawatan lanjut.

Beritahu seberapa ramai orang lain yang mungkin tentang perkara ini. Ia boleh menyelamatkan nyawa mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan