Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 8 Mac 2013

4 PERKARA JIKA DI PANDANG SAHAJA DAPAT PAHALA :

Diterangkan dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW. Hanya dengan memandang empat
perkara ni pun kita sudah dapat pahala.Hanya dengan memandang empat perkara
ni pun dikira ibadah. tahukah sahabat sahabiah apakah yang di maksudkan 4
perkara itu?
4 perkara itu ialah :


1. wajah ibubapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka’abah


Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: “Melihat pada tiga perkara
adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.” -
(Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan “Melihat Ka’abah”.
(Riwayat Abu Daud).


Mudahnya Allah memberikan ganjaran pahala kepada makhluknya. Tapi tidak
semudah yang kita Fikirkan sebenarnya. Cube check gambar apa yang di paparkan di
meja study?di meja kat office, masuk bilik terus nampak~cube check gambar apa yang di simpan dalam purse? bukak je terus terpampang~ cube check gambar apa yang di buat
wallpaper handfon dan laptop? tengok je,terus senyum~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan