Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 20 Mac 2013

pelik betoi Cina pomen ni..



Kereta buat hal  pulak Minyak petrol tak semena-mena keluar kat injin depan kereta aku..bahaya betoi . Silap terbakar mau rentung aku di dalamnya. Segera hantar kat workshop kereta kat Kg Boyan. Taukey bagi tahu tunggu pukul 7 petang boleh siap kut.

Pukul tujuh petang
aku sampai kat bengkel alhamdulullah kereta pun dah siap.  Aku dah stand by 3 , 4 ratus dalam poket nak bayar kos memperbaiki kereta aku. Cina taukey dok pandang muka aku." Lu keleja cikgu ke..?" Aku jawab 'Saya ustaz ajar agama punya orang" "Ooo ustaz...manyak baguss kasi olang jadi baik maa..."Sekalang keleta sudah ok..sudah siap tarak upah punya.. gua kasi free punya you angkat bawak balik."
Aku terkejut takkanlah taukey cina ni tak mau duit sekurang-kurangnya kos beli barang atau alat ganti..pelik jugak dibuatnya. Ni yang buat aku confius. Kalau dia orang Islam mungkin kerana  dia nak dapat pahala. Ini tidak, terang-terang cina kapiak (cakap org utara) pasai apa dia buat lagu tu.

Aku cuba hulur jugak sedikit, cina tu masih jugak berkeras tak mau. Dalam hati terfikir jugak kadang kala hati orang kafir lebih mulia dari segelintir hati orang melayu islam. Sebagai seorang islam aku amat yakin bahawa apabila kita melakukan kebaikkan pada orang nescaya Allah swt akan membuka jalan kepada orang lain untuk menolong kita meskipun orang itu bukan seagama dan sebangsa dengan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan