Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 5 Disember 2010

Tahukah Anda...? Mesti Baca...

Tahukah ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang

Tahukah Anda bahan buangan(najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elaktrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100watt selama lima jam sehari.

Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang kita makan itu dibelanja oleh kawan kita.

Tahukah wahai Ibu bapa kanak-kanak menghabiskan lebih masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya TV.Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28jam seminggu menonton tv,dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi...mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan