Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 10 Mei 2012

Hangpa pernah sampai tak ke kampung ini???



Sama ada ini satu kesilapan orang dahulu meletakkan nama sebagini. kita pun tidak tahu. Imam satu panggilan hormat  dan mempunyai kedudukan  yang tinggi di sisi masyarakat namun kalau Imam lapar rasanya bagi aku sangat tidak kena...

Dari cerita yang aku dengar suatu ketika dahulu terdapat seorang Imam yang mempunyai tabiat buruk suka meminta nasi kat orang kampung. Kalau tempat aku dipanggil hemoi yakni jenis  muka tak malu. Oleh kerana kampung ini tak bernama maka diletakkanlah nama Kg. Imam lapar.

Tabiat buruk imam lapar ini telah menimbulkan rasa  tidak senang di hati sebahagian penduduk kampung lalu mereka mintak pertolongan kepada penduduk kampung berhampiran (juga belum bernama) untuk membantu mereka menghentikan tabiat buruk Pak Imam itu.Lalu  mereka mencadangkan agar Pak Imam di Kg Imam lapar berkunjung pula ke kampung sebelah kerana kununnya di kampung sebelah banyak makanan yang boleh di makan. lalu Imam itupun bersegera pergi meninjau. Tanpa di sedari kedua-dua kampung ini telah berpakat untuk mengenakan imam lapar ini.

Tanpa imam itu sedari salah sebuah rumah penduduk telah menyediakan nasi semalam untuk dihidangkan pada Imam yang lapar itu. Apabila Imam itu makan sahaja  perutnya terus memulas sehingga tercirit birit dan kerana malu Imam itu terus melarikan diri ke Kampung lain dan selepas itu tidak ditemui lagi. Maka kampung  yang tak bernama itu dinamakan pula sebagai Kampung Nasi Dingin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan