Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 26 Disember 2010

Marah seorang isteri...marahnya seorang suami

kadangkala aku tersenyum sendirian, jadi ustaz bukan sekadar mengajar,mendakwah,kadangkala orang kerasukkan hantu... ustaz juga yang dicari. Buat air penerang hati, hatta dalam soal rumahtangga pun ustaz jadi rujukkan.Pening juga kepala ustaz nak selesaikan masaalah orang. Kadangkala soal yang dibawa terlalu remeh... namun...terpaksa dilayan jugak.

Saya kutip beberapa pengalaman untuk dikongsi bersama walaupun mungkin tak berlaku pada kita atau tak terfikr oleh kita tetapi sekurang-kurangnya boleh jadi panduan dan peringatan pada kita..

Marahnya seorang isteri...
"Ustaz ...isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor mata.Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam la pulak." Memang ada isteri begitu... dia tak pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam menjeling itu tanda isteri benar-benar marah.

Peringatan untuk isteri
Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling tajam...ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. So.. apa kata,ketika marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau,atau warna-warna lembut dan jangan sekali tengok warna-warna yg garang.Warna memainkan peranan ketika marah. Ulamak kata Kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran dan istiqfar. Ambil wudhu' nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.

Marahnya seorang Suami..
Suami saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah pandang tepat ke muka macam nak makan orang.Telinganya nampak bergerak-gerak dan cakapnya penuh emosi.

Peringatan untuk suami..
Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah...renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila dimarah diherdik,ditengking akan mudah menangis. Suami yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata itulah jugak yg berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk kita. Pandang pada tangannya...Tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita. Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.

Marah seorang isteri..
Ada suami mengadu..isteri kuat berleter ketika marah. "Saya tak suka nak marah isteri ustaz...?tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi hangat jugak hati dibuatnya."

Peringatan untuk isteri..
Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal habit suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah tension sangat,masuk bilik tutup rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga puas. Betul ke tidak saya pun tak tau. Ini tips yg saya dengar dari pakar motivasi dalam tv

Marah seorang suami...
"Suami saya kalau marah suka mengamok tendang kerusi meja, pecah cermin dsbnya." Bahaya tu... suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain

Marah seorang isteri...
Ini satu lagi satu feel...suka siksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan.

Marah seorang suami...
Ada suami yang romantik, suka bercerita...Tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mau bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap

Marah seorang Isteri
kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami... anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.

Marah seorang suami
Tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar. kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita masak.

Marah seorang Isteri...
Isteri bila marah..suruh suami tidur kat luar bilik. kunci pintu bilik. Ugut suami..tak mau layan suami... ni apa cerita..? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat... suami ada 3 lagi koata kosong untuk diisi.

Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan.

Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.

Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan