Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 8 Disember 2010

Buah Yang Semakin Dilupakan...


Mungkin anda tidak pernah makan buah ini.Anda tidak mengenalinya atau anda tak tahu namanya. Bagi masyarakat banjar buah ini dipanggil "buah latupan" Rasanya pahit ketika muda dan manis apabila telah masak.

Semasa kecil memang inilah buah yang saya suka makan. Ia hidup liar disemak samun. Rupanya buah ini mempunyai khasiat yang tersendiri setelah dibuat kajian oleh pakar kesihatan. Antaranya boleh mengubati kencing manis,susah bernafas,selsema,menyekat pertumbuhan sel kanser,bisul sakit paru-paru dan kanser darah

Jika anda terjumpa buah ini,jangan ragu-ragu,buah ini memang boleh dimakan,dan tidak mabuk bila memakannya. Tetapi sekarang memang susah nak jumpa.


2-Buah Tarap.
Saya pelik kenapa buah ini tidak dikomesialkan. Ketika saya di lahad Datu,Kunak dan Tawau buah ini banyak dijual. Rasanya amat manis, mempunyai aroma bau seperti cempedak dan rasanya pun seprti cempedak + durian belanda. Mungkin di semenanjung buah ini dianggap buah hutan dan tak berani nak memakannya.


3-Buah Maritam
Ketika saya dlm perjalanan ke Kalabakan (sabah) untuk satu program motivasi saya sempat singgah satu gerai yang menjual buah ini. Rasanya tersangat manis lebih manis dari rambutan.Ia spesis rambutan tetapi tak berambut.nampak macam buah leici.




4-Durian Isi merah
Rasanya kurang manis dan sedikit berlemak. Saya kurang menggemari durian ini. Biasanya dimakan dengan nasi dan digaul sehingga nasi pun jadi merah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan