Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 15 Disember 2010

Tunggulah...Fajar Islam Akan menyinsing

Islam umpama air yang mengalir dari gunung. Mengalir dan terus mengalir. Ia tidak dapat disekat. Semakin disekat,dihalang semakin ramai di kalangan manusia ingin mendekati Islam. Saya tidak hairan dengan berita terbaru bilamana perhimpunan agung DAP dimulakan dengan doa dan orang kafir menadah tangan berdoa.

Islam adalah untuk semua, soal hidayah adalah di tangan Allah swt. Allah boleh beri hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Jangan pulak kita menakut-nakut mereka dengan memberikan gambaran yang buruk terhadap Islam. Lihatlah di Barat mereka sudah tidak dapat menyekat kebangkitan Islam dimana setiap hari ada sahaja yang memeluk agama Islam.

Laungan azan juga sudah diperdengarkan di dalam gereja. mereka menjemput muazzin utk melaungkan azan dan mereka (penganut kristian) berdiri menghormatinya. Video di bawah adalah bukti betapa saat akan tiba fajar islam akan kembali menyingsing tidak berapa lama lagi


video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan