Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 4 Ogos 2013

Adakah aku sedar kediri...

Kadangkala aku terfikir jugak, ujian kesenangan dan kemewahan itu lebih sukar dari ujian kepayahan dan kesusahan. Bukan aku tak mau senang dan nak sangat supaya aku hidup susah, tapi aku lebih suka muhasabah diri supaya aku sedar kediri dalam menempuh ranjau kehidupan duniawi yang serba mencabar ini.

Pokok yang paling penting ialah syukur dan sabar. Syukur bila kita mendapat nikmat kesenangan dan sabar pabila menerima musibah dan kesusahan. Aku bertekad dan berazam bulam Ramadhan kali ini nak menumpukan kepada peningkatan amal ibadatku secara zahir dan bathin. Memang program ihya Ramadhan kali ini aku bagi full dengan setiap malam aku menjelajah dari masjid ke masjid dan surau ke surau bagi memenuhi jemputan. Kebun tolak  ke tepi nanti lepas raya baru nak jenguk.

Namun Allah uji bila secara tiba-tiba  teringat nak jenguk kebetulan aku ada tazkirah dekat surau berdekatan pada sebelah malamnya. Terbakar jugak hati bila tengok habis buah sawit dikait oleh orang yg tak bertanggungjawab. Masa tu kalau dapat rasa nak lepuk kepala si pencuri yang tak ingat dosa mencuri terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia. Bila direnung balik aku cepat-cepat beristiqfar...baru Allah uji sikit aku dah jadi tak ketahuan beremosi dengan harta dunia... Lalu hati kecil ku berkata mungkin sipencuri ini terlalu susah kut...mencuri kerana nak beli baju raya anak.... Aku redha dan pasrah di atas ketentuan Ilahi, rezeki di tangan Allah swt. dan  musibah yang aku terima mungkin kafarah atas dosa yang aku lakukan tanpa aku sedari

Tanpa mengingati Allah swt, tanpa mentauhiskan Allah, tanpa meletakkan Allah pada kedudukan yang paling tinggi di dalam hati kita tidak mungkin kita dapat menyedari atau mengaitkan setiap kejadian dalam kehidupan di mana kita harus kembali kepada Allah yang Maha Esa. Ertingnya jika sesuatu kejadian menimpa kita cuba kita cari dahulu dimanakah salah kita, amanah yang telah kita lakukan sehingga Allah murka dan tinpakan musibah kepada kita.

Ya Allah janganlah Engkau jadikan hamba-Mu ini lupa kediri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan