Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 10 Mac 2011

Bila tengok cermin barulah aku perasan aku ni kera

Sememangnya manusia mudah lupa. mereka lupa bahawa mereka adalah hamba Allah swt. Sifat seorang hamba adalah mengabdikan diri kepada Allah tanpa berbelah bagi. Apabila manusia berlagak sebagai tuan maka dengan mudahnya ia melanggar perintah Allah swt.

manusia yang angkuh seperti ini tidak akan mendapat tempat di sisi Allah bahkan di akhirat kelak ia akan dilaknat oleh Allah begitu juga dengan para malaikat Allah akan turut melaknat. Di dalam Al-Quran Allah berfirman yang mafhumnya "Janganlah kamu melupai Allah di dunia ini , kelak (di hari akhirat) Allah akan lupa kepada kamu.

Justeru cerminlah diri sendiri, perhatikan wajah kita yang semakin tua dan tentunya kita akan semakin menghampiri Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan