Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 8 Mac 2011

Subhanallah.... Matahari kedua sudah muncul...


heboh dalam internet dengan berita munculnya matahari kedua. Benarkah begitu. hakikatnya mungkin ia adalah bintang yang kewujudannya semakin hampir dengan bumi. Bintang bercahaya ini dilihat dan dirakam di negara China. Pakar aseronomi Universiti Of Ilinois tertarik untuk membuat kajian. Jim Kaler menyatakan kewujudan matahari kedua adalah datang dari pembiasan optik

Namun Jin Kaler mengakui ia suatu perkara yg sangat pelik dan tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya oleh sains. Menurutnya, seharusnya ada gumpalan atmosfer yg menyebabkan fenomena spetakuler seperti fatamorgana akan terjadi. Namun hingga kini tidak ada satu pun ahli optik atmosfera yg pernah melihat kejadian seperti yg terakam dalam video akan kewujudan matahari kedua ini. memang pelik dan luar biasa.

Grant Perry ilmuan atmosfer Universiti of Wisconsin berpendapat 'ini bukan fenomena optik umum yg biasa kita lihat dan saya tertanya-tanya apakah ini artefak lensa,tetapi jika begitu sudah tentu gambar akan bergerak selaras satu sama lain seiring pergerakkan kamera? dan hal ini tidak terjadi"

Allah Maha Berkuasa. Akhir zaman satu demi satu perkara pelik akan diperlihatkan. Orang yang buta mata hati tentunya tidak mengambil ibrah diatas segala fenomena alam yang berlaku. Keangkuhan dan kesombongan manusia di alam maya ini menenggelamkan rasa tawadhuk terhadap yang Maha Perncipta.

Wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan