tag:blogger.com,1999:blog-8666439957108304796.post6067170156945407698..comments2023-07-07T01:56:05.723-07:00Comments on Saidin Hj. Md.Hasnam: Bagaimana nak memilih kawan???Hj Saidin Mhhttp://www.blogger.com/profile/14034750251604976318noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-8666439957108304796.post-70048337930410672462013-04-13T04:28:50.957-07:002013-04-13T04:28:50.957-07:00Saya tertarik akan kes sebigini dan terpanggil unt...Saya tertarik akan kes sebigini dan terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat dan ilmu yg ada untuk dikongsikan.

Harus diingat hukum Allah telah mengariskan hak setiap waris termasuk si isteri. Sila rujuk surah an nisa; semuanya telah ditentukan kadar bahagian masing2.

Dalam kisah ini silalah rujuk kepada pakar berkenaan harta pusaka untuk lebih pasti. Sedikit-sebanyak saya kongsikan ilmu wasiat dalam kes ini sebeni;

“Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Walaubagaimanapun, kewajipan tersebut telah terhapus dengan hadis-hadis berkaitan pusaka seperti :

“Allah telah memberikan bahagian setiap orang yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris”

(Riwayat at Tarmizi)

Dan;

“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain
(Riwayat Abu Daud)

Wasiat pada dasarnya mempunyai dua syarat utama iaitu pertamanya, wasiat hanya boleh diberikan kepada bukan waris yang berhak menerima pusaka dan keduanya kadarnya adalah tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka simati. Berdasarkan kepada peraturan asas wasiat yang dinyatakan di atas, wasiat tidak boleh diberikan kepada ahli waris seperti anak-anak mahupun ibu bapa pemberi wasiat yang merupakan ahli-ahli waris. Ini adalah kerana ahli-ahli waris tersebut telahpun menerima bahagian mereka melalui pusaka.

Janganlah kerana ada perasaan kepada sesaorang waris itu kita menuliskan wasiat yang bercanggah dengan syarak. Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan hikmah setiap sesuatu ketetapanNya (dalam ketetapan harta pusaka)

Jika hendak berbuat demikian buatlah sewaktu hidup dalam bentuk hibah (mengikut kadar yang ditetapkan) . sila rujuk kepada pakar wasiat.

Walahualam.zulhttps://www.blogger.com/profile/16787006999621962106noreply@blogger.com