Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 28 Februari 2013

Ajarkan aku memancing, bukan pancing aku!


Kalau aku diberikan seekor ikan, aku akan seronok kerana dapat makan untuk sehari.Terima kasih kerana itu.

Tetapi bagaimana untuk hari esok? Bolehkah aku dapat seekor ikan lagi? Tolonglah …Dan lagi dan lagi….

Esok lusa aku berkahwin dan punyai anak. Seekor ikan mana boleh cukup? Tolonglah…aku perlu mengemis untuk meneruskan kehidupan ku ini.

Aku pun mahu makan ikan macam yang kamu makan.Takkanlah asyik makan anak ikan kembung sahaja…sedangkan kamu makan ikan tenggiri, ikan merah, ikan kerapu malahan ikan yu!

Kenapalah aku tidak diberikan kail dan ajarkan aku memancing? Kalau aku ada kail dan ada kemahiran mengail tak perlulah aku mengemis setiap hari untuk hidup ku.

Tidak perlu aku dan zuriatku mengharap belas ehsan semata-mata kerana dengan pemberian kail itu kami boleh berusaha untuk membaiki kehidupan kami sendiri.

Kalau tangkapan banyak, aku boleh jual untuk menambah rezekiku.Mungkin aku boleh beli perahu dengan hasil tersebut. Mungkin aku boleh jadi nelayan yang berjaya…

Rupa-rupanya ikan yang kau beri itu hanyalah umpan untuk aku ….kau Cuma nak pancing aku rupanya! Ajarkanlah aku memancing, bukan memancing aku!

1 ulasan:

  1. Jangan pernah meremehkan diri sendiri, sebab jika kamu tak bahagia dengan hidupmu yang sekarang, perbaikilah apa yang salah dari itu, dan teruslah melangkah. Good !!!

    BalasPadam