Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 10 Januari 2013

Jangan dok menyibuk laa.....



Kalau kita faham isihati seekur kucing mungkin itu yang ingin diluahkan pada kawannya. 'hang tok sah dok menyibuk...kan dah kena lempang" Begitu jugak dengan  kita. Kita tak suka orang menyibuk pasal kita, justeru kita jugak tak perlu sibuk nak ambil tahu tentang orang apatah lagi hal-hal yang berkaitan dengan peribadi.

Kenapa orang suka sebut hal peribadi kita. Ini kerana kita sendiri yang suka mendedahkan dan mewar-warkannya. Banyak kelaku buruk kita menjadi sebutan dan umpatan orang. Pada waktu yang sama kita berlagak seolah-olah kita ini perfect.

Memang dalam Islam mendedahkan keburukan seseorang itu sesuatu yang dilarang tetapi sekira apa yang didedahkan itu boleh menyelamatkan ummah ia sesuatu yang dibolehkan oleh hukum syarak. So...adakalanya kita perlu jadi si penyibuk


Tiada ulasan:

Catat Ulasan