Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 15 Januari 2013

Bila besar ...kamu nak jadi apa???


Jika keusahawanan yang anda pilih, binalah sebesar-besarnya, untuk anda dan juga untuk masyarakat. Bukan pentingkan diri sekadar untuk lepas anak bini dan yang lain biarkan mereka mampus aku tak  peduli!

Jika anda ustaz, jadilah ilmuan sekurang-kurangnya ke tahap Mujtahid. Biarlah anda menjadi rujukan di mana saja anda tinggal. Bukannya sekadar tahu serba sedikit untuk anak bini saja. Suruh baca tahlil aruah pun menggelabah tak tentu arah.

Jika anda ahli sains, jadilah pakar yang menyumbang kepada masyarakat dengan kemudahan teknologi yang baik. Biarlah anda mampu menjadi tempat berlindung dan pusat berteduh mereka yang ada di sekeliling anda. jangan sekadar tahu serba sedikit khas untuk anak bini anda saja!

Oleh itu, bagi para usahawan, janganlah segan silu menyatakan azam dan tekad anda untuk berjaya. Saya yakin anda pilih keusahawanan kerana anda bukanlah seorang ulama.

Kalau anda tak boleh berikan sumbangan ilmu sebagai seorang ulama, maka berilah sumbangan lain yang mampu anda lakukan, berilah sumbangan ekonomi pada umat Islam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan